KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan dakwaan bahawa ia mengagihkan kuota tertentu kepada pihak swasta atau Pengendali Jemaah Haji (PJH).
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan" yang dilaksanakan sejak dari tahun 1995.
"Apabila bakal jemaah sudah terpilih di dalam kuota tahunan, mereka boleh memilih sama ada ingin menunaikan ibadat haji melalui TH (Muassasah) atau melalui syarikat-syarikat PJH yang telah dilesenkan oleh TH.
"Bakal Haji yang memilih syarikat PJH adalah mereka yang berkemampuan untuk membayar lebih dari kos haji bagi mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dari Muassasah," menurut kenyataan itu.
TH juga berkata dakwaan ia hanya mengendalikan 11,000 jemaah pada tahun ini adalah tidak benar kerana majoriti jemaah haji atau sekitar 70 peratus hingga 80 peratus adalah melalui Muassasah.
Tambahnya, syarikat PJH membuat bayaran kepada TH bagi setiap jemaahnya untuk perkhidmatan dan kemudahan di Tanah Suci termasuk bayaran wajib yang dikenakan oleh pihak Arab Saudi.
TH turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial, dan bakal jemaah Haji dinasihatkan untuk merujuk kepada platform media sosial rasmi TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih, tepat dan terkini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan". -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Sultan Mizan nasihat bakal jemaah haji fokus ibadah di Tanah Suci
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menasihati bakal jemaah haji supaya fokus dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan rukun Islam kelima itu di Tanah Suci.
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Pos Laju jangka urus 250 tan bagasi jemaah haji tahun ini
Anggaran bagasi itu akan meyantuni lebih daripada 11 juta alamat.
Penambahbaikan sistem TH bantu jemaah akses lebih pantas
Buat kali pertama, TH guna Content Delivery Network atau 'cloud' ditambah baik untuk diaplikasikan ke dalam semua sistemnya.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.